Form 3 Sejarah Notes
Pengukuhan Kuasa James Brooke
Pengukuhan Kuasa James Brooke
7 Aspek Pengukuhan Kuasa James B.
- Kekuatan tentera
- Menentang Kebangkitan Orang Tempatan
- Memperoleh Sokongan Sebahagian Masyarakat Tempatan
- Mengambil kesempatan daripada Pertelingkahan yang Wujud dalam Masyarakat Tempatan
- Penghapusan Tokoh Tempatan yang Menentang Kedudukannya
- Memperkukuh Pertahanan Sarawak
- Sokongan Kewangan
Kekuatan Tentera
- James B. dapat bantuan dan sokongan daripada tentera laut British.
- Kapal perang HMS Dido berjaya menghancurkan kubu kuat orang Iban di Sg. Saribas dan Sg. Skrang.
Menentang Kebangkitan Orang Tempatan
- James B. menggangap kebangkitan orang tempatan sebagai lanun.
- Ia dijadi alasan untuk meluaskan kuasa di kawasan orang Iban dan dianggap sah dan mendapat sokongan British.
Memperoleh Sokongan Sebahagian Masyarakat Tempatan
- James B. berjaya memperoleh sokongan sebahagian orang tempatan (orang Melayu dan Iban)
Mengambil kesempatan daripada Pertelingkahan yang wujud dalam masyarakat tempatan
- Di Mukah, James B. menyokong Pengiran Matusin yang berkonflik dengan Pengiran Ersat.
- Pengiran Ersat dan Pengiran Nipa (anaknya), lebih dihormati oleh penduduk tempatan.
- Brooke menyokong Pengiran Matusin untuk memecahkan kekuatan masyarakat tempatan di Mukah.
Menghapuskan Tokoh Tempatan yang Menentang Kedudukannya
- James B. menyingkirkan tokoh tempatan yang menentangnya.
- Sharif Masahor, dituduh terlibat dalam pakatan menyingkirkan Brooke, dibuang ke Singapura.
- Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur bin Abang Qahar dibuang ke Melaka.
Memperkukuh Pertahanan Sarawak
- Benteng dan kubu dilengkapi dengan meriam didirikan di kawasan strategik untuk mengawal kawasan tersebut.
- Kubu di Sg. Skrang dibina pada 1849 selepas Perang Beting Maru tamat untuk memerhati pergerakan Iban Skrang.
- Kubu ini dinamakan Fort James pada 1849.
- Pada 1862, Renjer Sarawak ditubuhkan utk mengawasi keamanan dan pertahanan.
Sokongan Kewangan
- James B. memperoleh sokongan kewangan daripada pemodal Eropah.
- Sokongan terutama daripada Baroness Angela Burdett-Counts.
Kronologi Perluasan Kuasa Dinasti Brooke
Tahun 1841
- James B. memperoleh kawasan Kuching.
- Kemudiannya merangkumi kawasan dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan.
- Sejak tahun 1840-an, James Brooke berjaya menguasai Batang Lupar dan Sungai Saribas.
Tahun 1853
- Penentangan orang Iban di Saribas dan Batang Lupar berjaya ditumpaskan dengan alasan menghapuskan lanun.
- James B. berjaya memperoleh wilayah Sadong, Batang Lupar, Saribas, dan Kalaka.
- Sebagai balasan, separuh daripada hasil pendapatan wilayah ini diberikan kepada Sultan Abdul Mumin.
Tahun 1861
- Sultan Abdul Mumin menyerahkan Sg. Rajang kepada James B. dengan bayar 4500 Dolar Sepanyol setahun.
- Ia sebagai balasan membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan.
- Kawasan termasuk Oya, Mukah, Tatau, dan Bintulu.
Tahun 1883
- Orang Kayan mendiami kawasan Sg. Baram bangun menentang Brunei.
- Charles B. (Anak Saudara James Brooke) berjaya dapat Baram dan seluruh lembangan Sg. Baram daripada Sultan Brunei.
- Bayaran ufti 4200 Dolar Sepanyol setahun diberikan kepada Sultan Brunei.
Tahun 1885
- Kawasan di Sg. Trusan diperoleh oleh Charles B. dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol yang diberikan kepada Temenggung kerana bawah penguasaannya.
- Tindakan ini diambil utk menyelesaikan isu pembunuhan beberapa peniaga Sarawak oleh orang Murut.
Tahun 1890
- Limbang diperoleh oleh Charles B.
- Dilakukan apabila penduduk Limbang bersetuju untuk menyertai Sarawak.
- Bayaran 6000 Dolar Sepanyol diberikan kepada Sultan Brunei.
Tahun 1905
- Pada 12 Januari 1905, Sarawak memperoleh hak terhadap Lawas yang sebelum ini dimiliki oleh SBUB.
- Sempadan Sarawak masih kekal hingga kini.